Wednesday, 30 November 2011

KEM MEMBACA 1MALAYSIA READ 2011

Aktiviti READ 2011 ini telah diadakan pada 02 November 2011 yang lalu. Di sekolah pedalaman inilah saya berkhidmat sejak 8 tahun yang lalu




Thursday, 24 November 2011

The Animal Sounds Song

Kepada guru-guru Bahasa Inggeris, sesuai untuk dibuat ABM bagi murid tahap 1..


video

Saturday, 15 October 2011

The Puzzlemaker

Ini adalah satu cara mudah untuk membuat puzzle. Mungkin ada di kalangan rakan-rakan sudah tahu menggunakannya. Saya harap ini akan dapat membantu rakan-rakan membuat puzzle sebagai ABM di dalam kelas. Klik link di bawah.

The Phonemic Chart

Saya baru sahaja selesai menghadiri kursus Bahasa Inggeris untuk guru-guru bukan opsyen. Kursus ini sangat menarik. Kami dilatih dengan pelbagai aktiviti Bahasa Inggeris untuk murid-murid sekolah. Perkara yang saya paling suka ialah The Phonemic Chart, iaitu kita diajar tentang bunyi... Lihat carta di bawah dan cuba  :)

Friday, 23 September 2011

Soalan 1C

Saya masih kabur dengan kehendak soalan 1C. Maksud saya, apa perlu ada dalam blog yang kita hasilkan ini. Oleh yang demikian, saya telah memasukkan beberapa 'pages' yang anda boleh lihat di atas. 'Page' Cerpenku itu adalah cerpen rekaan saya sendiri. Saya masukkan 'page' tersebut sekadar menceriakan lagi blog saya ini. Selamat berhibur.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Alhamdulillah akhirnya siap juga blog saya yang tak seberapa ini. Kalau ada kekurangan, teman-teman dan para pelawat harap dapat memberikan pandangan agar dapat saya pertingkatkan lagi blog saya ini. Setakat ini, ini yang dapat saya buat untuk menyiapkan tugasan 1C Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. :)